Wednesday, 9 March 2016

Hindsight Bias dan Seni "Meramal" Masa Depan

Andaikan anda sedang menonton satu perlawanan bola sepak. Kita tak tahu, dan mustahil untuk kita mengagak siapa yang akan menang perlawanan tu (walaupun dengan kawan-kawan kita akan bertaruh siapa menang dan sebagainya). Tapi bila wisel penamat ditiup, dan pemenang diumumkan, kita akan kata "Ahhh, aku dah agak dah team ni akan menang". Ataupun pelbagai lagi situasi lain dimana bila dah berlaku, kita terasa "Kenapa aku rasa macam aku dah tahu dah akan jadi macam ni?"

Fenomena ini dinamakan "hindsight bias". Fenomena ni berlaku dimana selepas hasil daripada sesuatu peristiwa tu menjadi nyata, kita akan rasa seolah-seolah sebenarnya kita dah tahu hasilnya akan begitu, walhal kita tak tahu menahu pun sebenarnya apa akan jadi pada hasil akhirnya. Tapi janganlah risau. Hindsight bias adalah satu perkara yang normal disebabkan oleh cara memori kita berfungsi. Apabila kita belajar benda baru, memori tu akan bersambung dengan memori lain yang sudah sekian lama kita simpan. Dan fakta-fakta yang terkumpul dari kesemua memori ini akan saling menguatkan sesama sendiri. Sampailah satu ketika bila semua semakin jelas kita fahami, then BOOM! Rasa macam dah tahu dari dulu.

Banyak kajian yang dilakukan oleh ahli psikologi untuk lebih memahami fenomena ini memandangkan kemampuan kita untuk membuat keputusan boleh terganggu dengan teruk bila hindsight bias ni terjadi. Untuk yang nak artikel bahasa Inggeris baru nak percaya (yelah kita saintis cikai je) maka silalah jenguk link bawah ni.


Mujurlah hindsight bias ni cuma kejadian normal dalam cara memori manusia berfungsi. Lagipun, mana ada manusia boleh tengok masa depan kan?


Ataupun boleh sebenarnya?

Sekitar abad ke-18 dahulu, ada seorang lelaki di Perancis bernama Nostradamus menulis satu buku bertajuk Les Propheties, satu buku yang penuh dengan ramalan-ramalan untuk masa depan. Of courselah untuk tahu betul ke tidak ramalannya, kita kenalah menunggu masa depan tu berlaku kan? Sekarang, nama dia cukup popular (rasanya ada filem jugak pasal dia) sebab dikatakan telah meramal banyak peristiwa besar dalam dunia contohnya serangan 9/11, kemunculan Napoleon Bonaparte dan juga Hitler.

Contoh beberapa ramalan dia berkaitan Hitler;

“From the depths of the West of Europe
A young child will be born of poor people,
He who by his tongue will seduce a great troop;

His fame will increase towards the realm of the East.”

Seperti yang kita semua sedia maklum, Hitler memang sangat terkenal dengan kehebatan ucapan dia yang mampu menarik minat dan mempengaruhi orang lain bukan? Dan tentera Jerman Nazi sememangnya sangat besar, Uish, ini macam betul je ni.

“Beasts ferocious with hunger will cross the rivers
The greater part of the battlefield will be against Hister. 
Into a cage of iron will the great one be drawn, 
When the child of Germany observes nothing.”

Wow, ini lagi hebat! Dia seolah-olah berjaya teka nama Hitler, walaupun misspell teruk jadi Hister still boleh diterima ni.

Jadi bagaimana ni?

Sebenarnya menurut orang-orang yang skeptikal dengan "anugerah" Nostradamus ni, penerangan dan ramalan yang ditulis adalah terlalu general sehinggakan kesemua rangkap dan apa yang ditulis boleh kita kaitkan dengan mana-mana peristiwa sekalipun. Wujud juga pertuduhan bahawa terdapat banyak penyelewengan dalam kerja-kerja penterjemahan penulisan dia dan juga kerja mengubahsuai penulisan dia oleh peminat dan pengikut setia untuk kelihatan seakan-akan dia berjaya meramal masa depan. Lagipun, banyak elemen ramalan dia yang boleh dipertikai. 

Contohnya Hister. Hanya disebabkan bunyinya seakan-akan Hitler, kita sudi dismiss hakikat bahawa Hister bukanlah Hitler, dari segi ejaan mahupun maksud. Sebab Hister bukanlah nama orang, tetapi adalah nama Latin bagi sungai Danube dan juga orang yang tinggal di tepian sungai tersebut.

Kadangkala bila kita terlalu ingin mempercayai, kita cuma perlukan satu atau dua baris ayat yang kelihatan meyakinkan, walaupun itu bermakna kita terpaksa abaikan berpuluh ayat lain yang langsung tidak berkaitan.

Demikianlah sedikit kupasan tentang fenomena hindsight bias; satu fenomena yang memberikan kita sedikit rasa seolah-olah seperti Nostradamus, dan kisah Nostradamus sebenar yang, ironically, dah boleh diagak sebenarnya.

Bye!

Wednesday, 17 February 2016

Nazis In The Making

Beating people to a pulp on the basis of "self-defense" already sounds inhumane to me. Your defense ends as the attack against you ceases. If you continue mauling the man afterwards, that's assault. Because the moment you proceed to cause further harm on the attacker, you're not doing it out of fear, you're doing it out of rage.

As a guy and a human being myself (yes I am, and I do have feelings and empathy btw), I understand how angry a man can be when their beloved ones are being harassed inappropriately. I mean, every single guy I know would have beat the guy up too. Perhaps I myself would do the same thing in that moment in time when everything rational gets sorted out of judgment. That happens when your judgment gets clouded, so to speak. But I only see my anger dissipating in a few punches frankly speaking. To cause that kinda bleeding? It's gross.

But what bugs me even more is that eventhough there's already an air of disgust given the nature of the assault (read: sexual) which is pretty much normal since our culture is very much reserved when it comes to sexual taboos, there are still people out there inciting more and more absurd loathing simply because the guy was an immigrant.

Was it necessary to stamp out that the guy was a Nepalese? Was it crucial to highlight that he's an immigrant? Are you trying to suggest that because he was a Nepalese, he was kinda bound to harass people sexually anyway eventually? That all Nepalese or immigrants to be exact, were doomed to be raping and groping our ladies? Or were you trying to justify the "self-defense" with the notion that, well, he's an immigrant?

To my surprise, labeling him as such, suddenly drives the crowd wilder. The comments get much more darker, words and phrases that could have only be spoken by barbaric people.

Explicitly warning people against a certain race, inciting further abhorrence towards them? It doesn't get any more racist than that. Because as far as I am concerned, ANY drunk guy from ANY race in ANY parts of the country could have done that. Not just a Nepalese.

This kind of logic spreads the idea that immigrants are less human than all of us. And that's not cool by me.

You know who practiced racial supremacy just like we are practicing it now?

Freaking Nazis.

Saturday, 29 August 2015

Freedom

Freedom of speech, yes. Well, where's my freedom of choosing whether I want to listen or not? Everyone is shoving it down my throat, that this is the right thing to do, that there's no other way around it, like I don't have the brain capacity and the logical mind to let everything seep through every single neurons that I have and think by myself. Where's my freedom to choose what I am going to do?

I want changes too. And changes can happen in many ways. Demanding changes to happen on your terms? Well then you just want everything to be in your favor.

Thursday, 11 June 2015

Zalim

"Mana MPK ni? Tahu saman orang je, takpon tutup gerai orang tepi jalan, orang pun nak cari makan!"
"JKM ni mana, orang homeless ni dah berapa lama merempat, tak reti tolong ke?"

1. Kita memang lebih mudah nampak zalim orang pada kita, tapi jarang kita melihat zalim kita pada orang lain. Kita marah kena saman walaupun salah kita sendiri tak letak kupon, tak bayar sebagainya, kita guna terma zalim. Tapi tak zalim ke bila kita expect terlepas bayar parking sedangkan orang lain bayar?

Kita marah gerai tepi jalan kena tutup, kita persoalkan kemanusiaan pegawai perbandaran. Tapi mana keadilan untuk peniaga yang bersusah ambil permit dan kelulusan kalau yang tak ada permit dibiarkan?

2. Contrary to popular belief, majlis perbandaran dan JKM tak ada mata di seluruh bandar. They are not all-seeing, all-knowing. Sangat pelik bila ada orang tahu ada insan yang kesusahan, homeless dan sebagainya, but the best that they can do is to snap a pic, upload it to the Internet NOT to garner public support and to inform the proper channel, but to point a finger on the municipality. Dah tahu ada orang susah, kenapa tak sampaikan ke pihak yang sepatutnya, or even better, help them yourself?

Bukan soal "Mana saya mampu, mana ada sumber nak tolong." Kalau ada niat, apa pun boleh dibuat.

You know what's even saddening? Some of these people mention "Dah lama tahu tak orang ni ada kat sini, tak tolong langsung!". You know what that means? Beribu orang dah lalu lalang dan nampak depan mata, tapi tak seorang pun ada inisiatif untuk membantu.

Dan kita kata pegawai perbandaran, JKM, dan pihak berwajib yang zalim? Kalau kita tak ada niat or as these people always put it, "tak mampu" nak membantu, then please, tak perlu persoalkan tanggungjawab orang lain. It doesn't take a high-ranking official to make a change and to offer help, it only takes a human to do so.

Be a man of action, not just fiery words.

Wednesday, 20 May 2015

Kasih dan Sayang

Kadang-kadang aku diziarahi sekumpulan lelaki yang cukup aku kenal. Lembut tutur bicara mereka, senyuman sentiasa menguntum di wajah yang berseri. Tak berat tangan ini menyambut salam yang mereka hulurkan. Saban hari mereka mengingatkan aku akan kalimah yang paling bermakna bagi seorang muslim, atas dasar yang tidak lain dan tidak bukan adalah persaudaraan yang terbina atas akidah yang sama. Mereka tidak menghina, tidak juga merendah-rendahkan aku, sekadar mengingatkan perkara yang sesetengahnya aku sudah tahu.

Bila aku sendiri memikirkan, tidak ada apa lagi yang dapat mereka perolehi daripada melakukan amal jariah ini melainkan menunaikan apa yang dirasakan sebagai tanggungjawab. Dan iya, pada aku ini amal jariah, kerana ini bakti buat kita yang mudah terlupa. Bakti, bukan pekerjaan. Mereka tidak dibayar, tidak juga mengharap dibayar melainkan oleh yang Maha Kuasa. Sungguh, tak ada yang mampu aku tolak dari setiap kata peringatan yang mereka lontarkan. Terganggu tidak, marah pun jauh sekali.

Sering juga aku dijemput menyertai majlis agama yang mereka adakan. Aneh, walau aku tidak pernah menjejakkan kaki meski pernah dijemput sebelumnya (khilaf sendiri), mereka tetap menjemput. Saat aku sendiri kadang meragui diri sendiri, dan hampir putus asa dengan kelemahan diri, mereka ini tidak pernah berputus asa yang suatu hari nanti, aku mungkin akan menyertai mereka mendengar kalam Allah dikupas untuk dijadikan pedoman bersama.

Sungguh, dalam hati mereka yang mencintai Allah, ada kasih sayang yang disematkan pada saudara mereka yang lain. Dan kadangkala kasih yang terasa dalam perkongsian singkat di pintu bilik itu membuat aku terasa malu. Saudara aku lebih memikirkan tentang aku, berbanding aku sendiri yang masih belum sedar siapa diri dan hakikat penciptaan diri yang hina.

Saudara, teruskan kerja muliamu. Di zaman ini, dakwah bukan sahaja perlu bagi orang bukan Islam, tapi pada orang seperti aku juga, yang Islam hanya pada nama.

Ya Allah, berkatilah insan yang menyebarkan kasih dan sayangMu tanpa mengharap balasan dari kami melainkan daripadaMu. Berikan mereka kasih dan sayang sebagaimana mereka berkongsi kasih dan sayangMu dalam peringatan singkat yang mereka usahakan.

Monday, 6 April 2015

Malaysian Logic

Hidup berlegar di jaringan,
yang muda malas berfikir sendiri, lebih selesa mengikut,
tak selesa berusaha, lebih selesa menyalahkan,
tak selesa memajukan, lebih selesa disuap makan,
bila yang disuap tak cukup, tak mahu nak mencari,
bukan tanggungjawab diri, kan itu tanggungjawab yang diundi,
kenapa kau kebulur,
orang tak suap aku,
habis kenapa tidak dicari,
eh, mereka perlu berbakti,
pada aku yang mengundi,
aku cuma perlu goyang kaki,
ada hak agar semua benda free,
walaupun dari cukai aku lari.

Monday, 17 March 2014

A Thing Worth Fighting For

A long distance relationship could be the hardest test on any relationship. You don't have the privilege of seeing that person whenever you want to, to console them when they need a shoulder to cry on, to work things out when everything goes wrong. You don't get to see the things that makes you fall for them in the first place, you can only close your eyes and reminisce the time when you're together, and just try to get every single detail from that memory.

That's not the worst part, friends. Here comes the insecurity and the trust issues.

Not knowing what they are doing in the mean time, not knowing where they are, not knowing who's with them. Definitely not the most pleasant feeling. You need to put your utmost trust in that person. What's worse is that when there's a fight going on, it's not gonna be easy working things out with just texts and calls. And you're going to sleep with a fight not settled. Little things like that chips a relationship bit by bit. Never sleep with a fight not settled.

But little Miss Teacher says that "It was never about the distance, it was always about the person. When you're in love with someone, you'll never get bored, and the distance just won't matter."

Spot on.

Well, Mr. Biologist says this, when you're in love with someone, no matter what happens, you will give everything you have to mend the minor chips and cracks. You'll value what you have, and throwing all of that away will never be a part of the list. You will never let go, despite anything.

Miss Teacher and Mr. Biologist are more than best friends, they are lovers. Though Miss Teacher is not able to say it out loud due to several restrictions, Mr. Biologist is going to put it on a billboard on the side of the highway.

To you, Miss Teacher, thank you for keeping up with this lazy, overly eloquent and vocal guy, with his hopelessly romantic pickup lines which almost always got you into a "hek eleh" frenzy. Thank you for accepting, instead of bearing. Thank you for staying when you could leave, and loving when you could look away.

It's amazing, how everything changes when marriage becomes your purpose in a relationship.