Monday, 6 April 2015

Malaysian Logic

Hidup berlegar di jaringan,
yang muda malas berfikir sendiri, lebih selesa mengikut,
tak selesa berusaha, lebih selesa menyalahkan,
tak selesa memajukan, lebih selesa disuap makan,
bila yang disuap tak cukup, tak mahu nak mencari,
bukan tanggungjawab diri, kan itu tanggungjawab yang diundi,
kenapa kau kebulur,
orang tak suap aku,
habis kenapa tidak dicari,
eh, mereka perlu berbakti,
pada aku yang mengundi,
aku cuma perlu goyang kaki,
ada hak agar semua benda free,
walaupun dari cukai aku lari.

No comments:

Post a Comment