Wednesday, 9 March 2016

Hindsight Bias dan Seni "Meramal" Masa Depan

Andaikan anda sedang menonton satu perlawanan bola sepak. Kita tak tahu, dan mustahil untuk kita mengagak siapa yang akan menang perlawanan tu (walaupun dengan kawan-kawan kita akan bertaruh siapa menang dan sebagainya). Tapi bila wisel penamat ditiup, dan pemenang diumumkan, kita akan kata "Ahhh, aku dah agak dah team ni akan menang". Ataupun pelbagai lagi situasi lain dimana bila dah berlaku, kita terasa "Kenapa aku rasa macam aku dah tahu dah akan jadi macam ni?"

Fenomena ini dinamakan "hindsight bias". Fenomena ni berlaku dimana selepas hasil daripada sesuatu peristiwa tu menjadi nyata, kita akan rasa seolah-seolah sebenarnya kita dah tahu hasilnya akan begitu, walhal kita tak tahu menahu pun sebenarnya apa akan jadi pada hasil akhirnya. Tapi janganlah risau. Hindsight bias adalah satu perkara yang normal disebabkan oleh cara memori kita berfungsi. Apabila kita belajar benda baru, memori tu akan bersambung dengan memori lain yang sudah sekian lama kita simpan. Dan fakta-fakta yang terkumpul dari kesemua memori ini akan saling menguatkan sesama sendiri. Sampailah satu ketika bila semua semakin jelas kita fahami, then BOOM! Rasa macam dah tahu dari dulu.

Banyak kajian yang dilakukan oleh ahli psikologi untuk lebih memahami fenomena ini memandangkan kemampuan kita untuk membuat keputusan boleh terganggu dengan teruk bila hindsight bias ni terjadi. Untuk yang nak artikel bahasa Inggeris baru nak percaya (yelah kita saintis cikai je) maka silalah jenguk link bawah ni.


Mujurlah hindsight bias ni cuma kejadian normal dalam cara memori manusia berfungsi. Lagipun, mana ada manusia boleh tengok masa depan kan?


Ataupun boleh sebenarnya?

Sekitar abad ke-18 dahulu, ada seorang lelaki di Perancis bernama Nostradamus menulis satu buku bertajuk Les Propheties, satu buku yang penuh dengan ramalan-ramalan untuk masa depan. Of courselah untuk tahu betul ke tidak ramalannya, kita kenalah menunggu masa depan tu berlaku kan? Sekarang, nama dia cukup popular (rasanya ada filem jugak pasal dia) sebab dikatakan telah meramal banyak peristiwa besar dalam dunia contohnya serangan 9/11, kemunculan Napoleon Bonaparte dan juga Hitler.

Contoh beberapa ramalan dia berkaitan Hitler;

“From the depths of the West of Europe
A young child will be born of poor people,
He who by his tongue will seduce a great troop;

His fame will increase towards the realm of the East.”

Seperti yang kita semua sedia maklum, Hitler memang sangat terkenal dengan kehebatan ucapan dia yang mampu menarik minat dan mempengaruhi orang lain bukan? Dan tentera Jerman Nazi sememangnya sangat besar, Uish, ini macam betul je ni.

“Beasts ferocious with hunger will cross the rivers
The greater part of the battlefield will be against Hister. 
Into a cage of iron will the great one be drawn, 
When the child of Germany observes nothing.”

Wow, ini lagi hebat! Dia seolah-olah berjaya teka nama Hitler, walaupun misspell teruk jadi Hister still boleh diterima ni.

Jadi bagaimana ni?

Sebenarnya menurut orang-orang yang skeptikal dengan "anugerah" Nostradamus ni, penerangan dan ramalan yang ditulis adalah terlalu general sehinggakan kesemua rangkap dan apa yang ditulis boleh kita kaitkan dengan mana-mana peristiwa sekalipun. Wujud juga pertuduhan bahawa terdapat banyak penyelewengan dalam kerja-kerja penterjemahan penulisan dia dan juga kerja mengubahsuai penulisan dia oleh peminat dan pengikut setia untuk kelihatan seakan-akan dia berjaya meramal masa depan. Lagipun, banyak elemen ramalan dia yang boleh dipertikai. 

Contohnya Hister. Hanya disebabkan bunyinya seakan-akan Hitler, kita sudi dismiss hakikat bahawa Hister bukanlah Hitler, dari segi ejaan mahupun maksud. Sebab Hister bukanlah nama orang, tetapi adalah nama Latin bagi sungai Danube dan juga orang yang tinggal di tepian sungai tersebut.

Kadangkala bila kita terlalu ingin mempercayai, kita cuma perlukan satu atau dua baris ayat yang kelihatan meyakinkan, walaupun itu bermakna kita terpaksa abaikan berpuluh ayat lain yang langsung tidak berkaitan.

Demikianlah sedikit kupasan tentang fenomena hindsight bias; satu fenomena yang memberikan kita sedikit rasa seolah-olah seperti Nostradamus, dan kisah Nostradamus sebenar yang, ironically, dah boleh diagak sebenarnya.

Bye!

No comments:

Post a Comment